Commercial Break....

CLASS SCHEDULE

March 2012

03 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
04 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
10 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
11 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
17 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
18 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
24 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
25 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
31 March (Sabtu) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)

RM100 Non-refundable booking fee diperlukan sebagai pengesahan Reason : sebab mysweeticing dah penat kena kelentong.. Beriye-iye dok call & sms kat mysweeticing kata nak join kelas sekian-sekian haribulan, beriye-iye kata confirm, bila follow up sehari sebelum kelas pun beriye-iye kata confirm.. Alih-alih bila sampai masa tak muncul-muncul pun.. Buat penat kite je sediakan segala keperluan, kadang-kadang tu jadi membazir plak....

PERHATIAN.... Anda tidak dibenarkan untuk membawa KANAK-KANAK semasa kelas kerana ini akan mengganggu perjalanan kelas... mengganggu konsentrasi saya untuk mengajar... juga mengganggu konsentrasi pelajar lain.... TQ

Thursday, January 26, 2012

MY BREAKFAST BUN

Morning guys.... dah breakfast blom???
Kalau blom, meh breakfast bersama mysweeticing..... Kite layan mix vege sausage bun....


Kelas kau Maria!!!! Tekak omputih sungguh.... Layan bun pepagi hari....
Orang lain semua dok layan nasi lemak, binun goreng, roti canai tapi mysweeticing layan bun....
Ermmm.... bukan apa... mysweeticing dah bosan sebenarnye nak makan kat cafe Istana Budaya ni.... Hari-hari menu serupa.... Kalau tutup mata mysweeticing ni la, mysweeticing boleh teka semua senarai menu tu....
Tray pertama bihun goreng singapore, tray kedua kuey teow goreng, tray ketiga mee goreng, tray keempat nasi goreng kampung, tray kelima nasi goreng cina, kalau kuih plak takde lain karipap, kuih lapis, ketayap, kuih cara.... Aduh!!!! Bosan la..... Pernah gak bagitau kat tokey cafe sekali sekala buat la spagheti ke, bread with ommelete ke, sausage with hashbrown ke..... Tapi tokey tu buat dek je.....
Tu pasal la mysweeticing merajinkan diri buat bun untuk breakfast kat opis.....


Hehehe..... mesti ada yang cakap "rajinnye mysweeticing buat bun pepagi hari...."
Gila ngko nyah!!!!! Tak kuasa mak nak bangun seawal pukul 4pagi semata-mata nak buat  bun....
Actually bun ni mysweeticing buat malam tadi dengan bantuan ELBA Bread Maker...... Senang!!!!! Sambil buat bun sambil jahit manik baju sambil tengok tv..... Hebat kan!!!! Lakukan 3 perkara dalam satu masa..... Tu la good time management namanye....

Jom tengok resepinya....
Actually dah pernah post dah resepi bun ni kat sini cuma kali ni mysweeticing buat versi lain plak....
Since mysweeticing takde mix vege dalam fridge so mysweeticing gantikan dengan tomato ceri & daun bawang....

Bahan-bahan :

250gm tepung roti
50gm tepung gandum
55gm gula kastor
1 sudu teh garam
2 sudu teh instant yis
1 biji kuning telur
150 ml susu segar
30gm mentega

Sosej secukupnya
Mixed vege secukupnya
Sos tomato
Mayonnaise

Cara-cara :

~ Masukkan kedua-dua jenis tepung, gula, garam & yis ke dalam mangkuk pengadun, gaul sebati.
~ Masukkan kuning telur & air, uli sehingga menjadi doh.
~ Masukkan mentega dan teruskan menguli sehingga doh menjadi lembut & kenyal. Kemudian tutupkan mangkuk yang berisi doh dengan plastik dan biarkan sehingga doh menaik menjadi 2 kali ganda (lebih kurang 45-50minit)
~ Bahagikan doh kepada 70gm, bulat-bulatkan menjadi bebola, rehatkan selama 10 minit.
~ Canai doh menjadi bentuk bujur dan masukkan sosej di tengah-tengahnya, lipat & tutupkan sosej. Potong bahagian yang bersosej kepada 8 bahagian (menjadi seperti sikat), jangan potong sampai putus. Pulas bahagian pertama ke kiri, bahagian kedua ke kanan.... Buat sehingga habis secara berselang-seli.... kiri, kanan, kiri, kanan.....
~ Letak doh di atas dulang pembakar yang telah di sapu sedikit minyak.
~ Sapukan kuning telur di atas doh. Kemudian letakkan pula mixed vege ke atas doh dan paipkan sos tomato & mayonnaise. Rehatkan sebentar doh selama 45 minit.
~ Bakar dengan suhu 190'C selama 15 minit

Resepi ni menghasilkan 8 ketul bun.....
4 ketul mysweeticing bawak g opis untuk breakfast & juga tea break....
4 ketul lagi untuk hubby.....

0 Cupcakes:

Post a Comment