Commercial Break....

CLASS SCHEDULE

Februari 2012

11 Feb (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
12 Feb (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class(RM200)

18 Feb (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
19 Feb (Ahad) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
25 Feb (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
26 Feb (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)

March 2012

03 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
04 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
10 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
11 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
17 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
18 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
24 March (Sabtu) ~ Cupcakes Fun Class (RM200)
25 March (Ahad) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)
31 March (Sabtu) ~ Cheese Tart & Cheese Cake Class (RM200)

RM100 Non-refundable booking fee diperlukan sebagai pengesahan Reason : sebab mysweeticing dah penat kena kelentong.. Beriye-iye dok call & sms kat mysweeticing kata nak join kelas sekian-sekian haribulan, beriye-iye kata confirm, bila follow up sehari sebelum kelas pun beriye-iye kata confirm.. Alih-alih bila sampai masa tak muncul-muncul pun.. Buat penat kite je sediakan segala keperluan, kadang-kadang tu jadi membazir plak....

PERHATIAN.... Anda tidak dibenarkan untuk membawa KANAK-KANAK semasa kelas kerana ini akan mengganggu perjalanan kelas... mengganggu konsentrasi saya untuk mengajar... juga mengganggu konsentrasi pelajar lain.... TQ

Sunday, January 29, 2012

CHOCOLATE CHUNK COOKIES

Sekejap ada... Sekejap takde.....
Ingat tak dengan tagline iklan Choc Fudge tu???
Hmmm..... Dah lama sangat dah iklan tu... Kalau tak silap waktu tu mysweeticing darjah 6 lagi.... Dah lebih 20 tahun dah usia iklan tu tapi penangan tagline tu sampai sekarang orang dok guna lagi....
"Ngko ni macam choc fudge la... kejap ada kejap takde..."
Bos2 kat opis pun kadang2 guna tagline tu jugak kalau marah kat staff bawahan yang suka ngular.... Hehehe....
Macam tu jugak la dengan Chocolate Chunk Cookies ni..... Sekejap ada sekejap takde.....
Buat ari ni esok dah abis..... Sedap sangat la tu kan....


Resepi Chocolate Chunk Cookies ni mysweeticing ambil dari blog Rima & pernah post resepinye kat sini....
Cookies ni memang diakui kesedapannye.... Sejak kali pertama buat cookies ni pada May tahun lepas, rasanye sekarang ni dah berpuluh kali kot mysweeticing buat cookies ni, bukan setakat untuk makan sendiri malah bleh buat side income lagi.... Pelanggan paling setia cookies ni ialah colleague mysweeticing, Kak Noor... Hampir setiap minggu Kak Noor akan order cookies ni.....
Hmmmm.... hebat tak hebat penangan Chocolate Chunk Cookies ni....

Resepi Chocolate Chunk Cookies ni simple aje & nak buatnye pun senang.....
Actually cookies ni jenis cakey cookies, dia tak rangup.... But since Kak Noor suka cookies yang rangup so mysweeticing terpaksa adjust sket resepi untuk dapatkan cookies yang rangup.....
Banyak kali jugak mysweeticing buat eksperimen co'z setiap kali buat & bagi kat Kak Noor ada je dia akan komen, so dari komen2 tu la mysweeticing jadikan panduan untuk dapatkan hasil yang macam Kak Noor nak.... Sekarang dah ok & mysweeticing maintain guna resipi & teknik yang sama.....
Jom tengok resepinye ek.....

Bahan-bahan :

250 gm mentega (mysweeticing cuma guna 220gm je)
200 gm gula perang
1/4 tsp garam
1/2 tsp coffee oil (mysweeticing gantikan dengan bancuhan pekat Nescafe)
1 biji telur (mysweeticing guna telur gred A)
1 tsp vanilla extract
1/4 cawan oat - dikisar
1/4 cawan serbuk badam
1/2 cawan kekacang (mysweeticing guna 1 cawan almond nibs - dipanggang)
250 gm chocolate chips atau chocolate chunck (mysweeticing gunakan BERYL'S dark compound chocolate button)
300 gm tepung naik sendiri - diayak

Cara-cara :

~ Pukul telur bersama vanilla extract & bancuhan Nescafe (seelok2nye sediakan 2 jam sebelum atau biarkan semalaman)
~ Panaskan oven160'C (bergantung pada jenis oven masing-masing)
~ Pukul mentega, gula & garam hingga sebati. Kemudian masukkan telur & gaul sebati.
~ Masukkan oat kisar, serbuk badam, kekacang & chocolate chips/chunk - gaul sebati
~ Masukkan tepung dan gaul sebati
~ Sudukan adunan ke atas dulang pembakar - jarakkan & bakar selama 9-10 minit (untuk cookies saiz kecil) atau 20-22 minit (untuk cookies saiz besar) {cara mysweeticing pula.... mysweeticing gunakan sudu kecil KFC yang biasa guna untuk makan kentang putar tu & bakar selama 16 minit}
~ Sejukkan atas redai & simpan di dalam balang kedap udara


Selamat mencuba.... ;-)
Agak-agak kalau malas nak buat tu order je kat mysweeticing.....
Muahsss....

0 Cupcakes:

Post a Comment