Hari Khamis lepas dapat perkhabaran dari mama bagitau granny mysweeticing sedang tenat & berada di hospital Melaka....
So, on friday, after settled segala urusan, mysweeticing dengan hubby terus gerak pergi Melaka.... Ingat nak g melawat granny kat hospital....
But, belum pun sempat sampai kat Hospital Melaka mama called & bagitau granny telah pergi menghadap penciptanya.....
AL-FATIHAH....
Semoga roh granny dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman....
Kini dah tak dapat lagi nak merasa kuih bahulu dan tapai air tangan granny.... Dan takkan kedengaran lagi suara granny membebel "Hey Dak Lina ni....... bla....bla...bla...."
Sekarang atuk & granny dah tak ada.... Tak tau la bila lagi agaknye akan menjejakkan kaki ke Kampung Kemuning, Alor Gajah, Melaka.... Almaklum la pakcik, makcik masing2 ada kehidupan sendiri.... Nampak gayanye rumah arwah atuk & granny akan usang begitu sahaja....

0 Cupcakes:
Post a Comment